Sunday, March 23, 2008

Pengajian-E (esei Tahun 1)

Sila sujuk kepada artikel mengenai MINDA MELAYU MALAYSIA. Berikan ulasan anda mengenai artikel tersebut.

5 comments:

Unknown said...

Ulasan
Pembangunan sesebuah bangsa itu bergantung kepada bangsa itu sendiri. Kepimpinan amatlah penting demi pembangunan dan peningkatan sesebuah bangsa. Kepimpinan yang menuju ke arah pembinaan masyarakat adalah kepimpinan sewajarnya kerana segala yang dilakukan adalah untuk kepentingan bangsa dan masyarakat bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri. Jika cara pemimpin bangsa kita hanya bersifat ingin memuaskan dan menambat hati pihak atasan, maka kemungkinan besar keikhlasan yang ada di dalam diri mereka untuk membangunkan masyarakat akan berkurangan kerana segala tindak-tanduk dihadkan mengikut kehendak pihak atasan., kerana segalanya harus membahagiakan pihak atasan dahulu. Jika pihak atasan tidak menyukai apa yang dilakukan untuk membangunkan masyarakat, maka terpaksalah mereka berubah mengikut sistem tertentu supaya diri mereka tidak terjebak dalam kesusahan. Akhirnya, yang terus dilanda kesusahan dan hidup di dalam lingkaran musibah itu adalah bangsa dan masyarakatnya sendiri.

Zaman penjajahan sering dipersalahkan kerana pengaruhnya amat kuat dalam penbentukan mentaliti bangsa Melayu. Namun demikian, siapa yang harus dipersalahkan mengenai mentaliti bangsa Melayu kini tidak guna dipersoalkan lagi kerana apa yang penting kini adalah pembinaan dan pembangunan masyarakat dan bangsa pada masa kini dan pada masa hadapan. Bangsa Melayu harus keluar dari kepompong mereka dan bergerak menuju ke arah yang berwawasan. Bukan hanya dengan semangat tetapi seiring jalan dengan keperibadian dan kelakuan. Kemajuan tidak hadir dengan semangat sahaja tetapi dengan kerjasama pemimpin yang luhur yang membantu dengan membentuk kemajuan bangsa.

cebisan minda saya,
Diyanah Hassan

Ring0 said...

Sesuatu pemikiran itu tidak akan dapat dibentuk dengan sebaiknya seandainya tiada rangsangan dan juga sokongan yang utuh dari segi budaya dan juga pendidikan. Tidak mungkin masyarakat Melayu menerajui penerokaan bidang ilmiah jika sering ditindas sendiri oleh budaya yang tidak mesra dengan pertanyaan dan proses pengkajian yang merupakan tunjang segala hasil pengetahuan.

Sejak kecil lagi, anak-anak sudah dibiasakan untuk tidak mempersoalkan pelbagai perkara dengan bersandarkan alasan agar tidak melanggar tatasusila dan peradaban. Ini juga merupakan manifestasi masyarakat yang terlalu mementingkan 'muka' dan lebih cenderung untuk menindas persoalan yang mungkin menunjukkan kecetekan ilmu diri sendiri atau untuk mengelakkan malu terhadap pihak yang dianggap atasan atau berkuasa, dari segi usia atau kedudukan dalam strata masyarakat.

Cabaran yang harus diharungi bersama kelihatan payah apatah lagi untuk memecahkan benteng 'patriachalism' dan feudalisme masyarakat yang mementingkan jarak usia sebagai kayu ukur pengalaman dan pengetahuan semata, bak kata orang, 'lebih banyak makan garam dahulu'.

Mungkin sudah tiba masanya bagi kita bersama mengamati dan mengemaskinikan semula weltanschaung bangsa bukan hanya sekadar untuk penakatan, tetapi untuk kemajuan dan peluasan panorama bangsa.

ShineStar said...

sikap menyalahkan penjajah harus dihapuskan. ini bukan lagi masanya untuk masyarakat melayu menyalahkan penjajah lagi. kita sudahpun merdeka. dari itu kita harus mengambil kesempatan ini untuk mengubah hidup kita dan meningkatkan diri kita agar menjadi setaraf dengan masyarakat lain.

yang mebuatkan minda masyarakat melayu agak sempit ialah cara mereka dibesarkan. seperti yang dikatakan oleh penulis, masyarakat melayu sudah diajar sejak dari bangku sekolah lagi untuk tidak menanyakan sebarang persoalan. dengan tidak berpeluang untuk menanyakan soalan dan untuk berdebat, masyarakat melayu tidak dapat meluaskan kreativitinya dan tidak dapat berfikir secara meluas. mereka ini ibarat katak bawah tempurung.

sesorang itu dibentuk dengan dibimbing. sebagai anak, sesorang itu dibentuk dengan diasuh oleh ibu bapa. sebagai pelajar, sesorang itu dibentuk dengan ajaran guru. sebagai pekerja, seseorang itu dibentuk dengan bimbingan majikan atau rakan sekerja. sebagai seorang kawan, seseorang itu dibentuk dengan pengaruh kawan-kawan yang lain. dan sebagai seorang rakyat, seseoang itu dibentuk dengan kepimpinan pemerintah.

dalam hal ini, penjajah memainkan peranan juga. dengan membentuk cara pemikiran masyarakat melayu dengan mengongkong pemikiran mereka, secara tidak langsung minda masyarakat melayu telah dibentuk menjadi sempit. sebagai seorang anak kecil, minda mereka akan dibentuk oleh yang dewasa. manakala minda si dewasa pula telah dibentuk oleh penjajah. dari sini berlakunya perkembangan minda masyarakat melayu yang sempit dari satu generasi ke generasi yang lain.

masyarakat melayu juga mempunyai pemikiran yang konservatif jika dilihat dalam contoh yang diberi penulis tentang 'minah karan'. masyarakat melayu tidak menyokong wanita yang mahu bekerja untuk menanggung diri dan keluarga mereka dan mahu menjadi lebih berdikari. masyarakat melayu sering menganggap bahawa wanita tempatnya hanya di dapur. mereka tidak melihat 'keuntungan' atau perkara yang positif sekiranya wanita menjadi lebih berdikari. sehingga ke hari ini, masyarakat melayu yang berkahwin muda, berakhir dengan perceraian. ini kerana mereka belum betul-betul bersedia dan wang juga menjadi satu masalah besar dalam rumahtangga.

walaupun sesetengah masyarakat melayu telah merubah pemikiran mereka dan sikap mereka menjadi lebih moden, namum masih ramai lagi masyarakat melayu yang masih kebelakang. mereka sungguh degil. mereka tidak mahu merubah diri mereka. seseorang itu hanya boleh berubah atas kemahuannya sendiri untuk mengubah hidupnya. maka penjajah di sini, hanya memainkan peranan yang kecil sahaja. tetapi yang memainkan peranan yang besar ialah diri sendiri.

ShineStar said...

ShineStar ialah Shainas Bte Hassan

aTiKa FaRaSha said...

Sememangnya sebuah artikel yang dapat direnungkan bersama-sama. Aqmal telah mengatakan bahawa msyarakat Melayu sendiri malas untuk berfikir bersama-sama. Mengapa agakanya ini berlaku?

Ini adalah kerana kejayaan masyarakat Melayu hanyalah berputar di arena hiburan. Singapore Idol 1. Singapore Idol 2.Live Up The Dream. Dance Floor. Semuanya didominasikan oleh masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu sanggup mengahbiskan masa dan wang demi meletakkan artis pujaan mereka di 'puncak kemegahan orang Melayu'.

Masyarakat yang sering diklasifikasikan sebagai masyarakat yang malas hendak berfikir ini masih terkinja-kinja mencari arus yang boleh meletakkan mereka di tempat yang dianggap mewah.

Masyarakat Melayu meletakkan kayu pengukur buatan mereka sendiri dan berusaha mencapainya. Akhirnya masyarakat Melayu berjaya menempa nama di arena hiburan di dalam dan luar negara, di dalam carta jenayah negara dan sebagainya. Inilah kejayaan masyarakat Melayu.

Namun demikian, apabila akhbar Berita Harian baru-baru ini mengeluarkan tentang pencapaian seorang anak Melayu yang telah berjaya, iaitu Encik Suhaimi Rafdi yang kini menjawat jawatan tertinggi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat Cathay Organisation Holdings, jelas menunjukkan bahawa bukan semua masyarakat Melayu yang mempunyai sikap yang tidak mengendahkan tentang masa depan mereka.

Perkara ini juga menunjukkan bahawa Encik Suhaimi berusaha untuk mempertingkatkan diri beliau yang pada sesuatu ketika dahulu hanya bekerja sebagai pelayan di Pizza Hut. Secara keseluruhan, saya merasakan bahawa kejayaan seseorang ini tertakluk kepada setiap individu. Ini kerana, usaha daripada diri kita sendiri yang menjamin masa depan kita. Bak kata pepatah, ‘hendak seribu daya, tak nak seribu dalih’.

Ada sesetenghah individu yang menyedari akan kelemahan mereka dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut untuk terus mecapai kejayaan. Di samping itu, golongan manusia ini juga dengan rasa bertanggungjawab “reconstruct” diri mereka untuk menjadi lebih baik daripada dahulu.

Walau bagaimanapun, tidak dapat saya nafikan bahawa masih terdapat segelintir masyarakat Melayu yang masih berada di alam mereka sendiri. Tambahan pula, sebagai masyarakat Melayu, kita turut terasa tempiasnya apabila masyarakat Melayu mengatasi carta-carta kes jenayah, penceraian, kemiskinan dan sebagainya.

Akhir sekali, saya akhiri ulasan saya dengan pepatah Melayu:'tepuk dada tanya selera'.