Sunday, March 23, 2008

Pengajian-E (sastera tahun 1)




Lihat paparan gambar anime ini. Kemudian jelaskan kelebihan yang terdapat di dalam paparan ini berbanding dengan komik biasa. Pada pendapat kamu mana lebih relevan dengan keperluan hari ini - komik jenis anime atau yang biasa. Mengapa?

13 comments:

NIKANNA ZEE said...
This comment has been removed by the author.
NIKANNA ZEE said...

Paparan komik seperti yang dipaparkan mungkin akan memberikan kesan kepada pembaca, khususnya kepada kanak-kanak pada zaman lalu. Pada waktu alam siber amat mashyul dan digemari oleh golongan masyarakat. Penciptaan komik-komik sedemikian bertujuan untuk 'membawa' pembaca ke alam khayalan yang akan melarikan mereka seketika dari realiti kehidupan. Komik-komik demikian juga bertujuan untuk membuat pembaca 'berfikir' dengan lebih kritikal berbanding dengan konteks waktu itu. Namun demikian, jika komik tersebut ditunjukkan kepada kanak-kanak pada masa kini, mereka mungkin tidak bergitu berminat lantas menjadikan tujuan komik tersebut tidak tercapai. Zaman telah berubah, dan masyarakat sudah jauh meninggalkan dunia fantasi dan alam siber. Jika ada pun mungkin hanya khusus kepada aspek yang memanfaatkan minda. Anime yang ditunjukkan lebih menonjol dan menarik minat pembaca masa kini kerana merupakan bingkisan realiti. Ia tidak kelihatan seperti 'dibuat-buat' lantas mudah diterima oleh golongan masyarakat.

Pendekatan pembelajaran melalui gambar ini merupakan pendekatan yang efektif. Pembelajaran visual ternyata mampu untuk menimbulkan kesan yang lebih mendalam berbanding medium biasa lain yang sudah agak 'cliche' dan biasa. Ternyata, sesuatu yang unik dan baru akan menjadi penyegar minda 'refreshing mind'. Pembelajaran visual (komik mahupun anime) dapat menarik minat dengan pantas, tetapi ia tetap terletak kepada penerimaan pembaca terhadap isinya.

Nur Izziana Binte Kamaruddin

ShineStar said...
This comment has been removed by the author.
ShineStar said...

pada pendapat saya, komik jenis anime lebih relavan dengan keperluan hari ini. ini kerana komik jenis anime lebih jelas dan menarik. komik jenis biasa hanya dalam warna hitam putih. ia tidak begitu menarik malah ia membosankan. berbanding dengan komik jenis anemi yang begitu berwarna-warni, dapat menarik minat ramai pembaca. gambar-gambarnya komik biasa pula agak "simple" berbanding dengan komik jenis anime yang lebih kreatif.


pada masa kini, ramai orang lebih berminat menonton televisyen dari membaca. komik pada masa kini tidak lagi diminati seperti dahulu kala. ini kerana di televisyen, banyak rancangan kartoon-kartoon yang sungguh menarik, terutama sekali yang jenis anime 3-dimensi.


saya rasa, untuk komik-komik terus hidup di kalangan masyarakat pada masa ini, komik yang jenis anime lah yang paling sesuai dipaparkan berbanding komik jenis biasa. komik jenis anime akan laku kerana ia lebih menarik dari segi gambar-gambarnya, watak-wataknya, warna-warnanya, cerita-ceritanya dan sususannya.

komik jenis biasa tidak lagi relavan kerana ia memaparkan komik-komik lama yang tidak lagi dianggap sebagai satu hiburan kepada masyarakat pada masa kini. dengan adanya komik-komik anime, ia boleh dijadikan satu bahan pengajaran seperti yang dikatakan oleh Izziana.

komik-komik jenis anime yang penuh dengan berwarna-warni ini akan dapat menarik minat pelajar. fakta-fakta penting akan diketengahankan dalam bentuk yang lebih mudah dan senang dihafal. saya amat menyokong komik-komik jenis anime berbanding dengan komik biasa.

-Shainas bte Hassan

Wani said...

Ternyata bahawa komik jenis anime lebih relevan pada masa kini. Berbanding dengan komik jenis biasa, anime lebih realistik kerana ilustrasi watak-watak anime itu mempunyai rupa bentuk yang lebih bersifat kemanusiaan. Dengan adanya unsur realisme dalam ilustrasi anime, ia lebih mudah bagi pembaca komik untuk menyelami ke dalam cerita komik anime itu sendiri dan seolah-olah hadir bersama watak-watak dalam komik itu.

Komik anime juga lebih sesuai digunakan dalam pelajaran. Fakta-fakta yang ingin disampaikan wujud dalam bentuk yang lebih unik dan dapat menarik perhatian para pelajar. Ia juga dapat membantu para pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran secara visual. Selain mempunyai nilai menarik, ia juga mampu mendidik kerana fakta-fakta yang dibentangkan secara komik anime itu tidak beza dengan fakta-fakta yang wujud dalam bentuk tulisan.

dian said...

Tiada yang baru jika tiada yang lama. Maka, akan tiada komik anime jika tiada komik biasa.

Komik Anime dilukis dan ia mempunyai konsep "storyboarding" dan ini merupakan sama dengan komik biasa atau komik lama.
Yang membezakan mereka adalah paparan watak dan cara penyampaiannya untuk mengetengahkan mesej yang ada di dalam komik tersebut.
Namun demikian, konsep storyboarding ini amat penting kerana ia menunjukkan betapa jelas transisi jalan cerita komik tersebut.

Dasar anime ini muncul dengan adanya teknologi yang kian canggih yang membawa komik yang statik kepada komik yang diberi nyawa, atau lebih jelas lagi, "motion picture media.

Satu contoh hebat yang melalui evolusi komik ini ialah spiderman. Ia bermula sebagai komik biasa langsung ke anime dan kini ke television dan filem dengan nilai dan gagasan, "yang jahat akan mendapat balasan yang setimpal."

"Apakah maksud anime sebenarnya?

Anime ialah "a Japanese style of motion-picture animation, characterized by highly stylized, colorful art, futuristic settings, violence, and sexuality."


Kerelevenan tidak tertakluk kepada gaya penyampaian komik tersebut tetapi isi kandungan serta mesej yang terkandung di dalamnya.

Maka, saya bersikap neutral terhadap kedua-duanya.
Walaupun komik anime kelihatan lebih menarik dari segi penampilan dan kecanggihannya, tidak semua yang membacanya atau menontonya dapat menangkap mesej sebenar yang ingin diutarakan oleh pelukisnya kerana terdapat komik anime yang memerlukan daya pemikiran yang tinggi untuk menafsirkannya. Terutama sekali jenis komik anime yang hanya berkonsepkan lukisan tanpa dialog atau lukisan kurang dialog.

Adakalanya, Jalan ceritanya tidak langsung dan merupakan gaya tersirat dan tidak semua pembaca mampu mencungkil maksud disebalik paparan gambar tersebut.

Di media pula, komik anime lebih berunsurkan hiburan dari pelajaran.Ada yang tiada mengandungi aspek pembelajaran langsung tetapi hanya sebagai satu medium yang mengandungi "escapism" dan ia berligar dalam konsep fantasi dan imaginasi.

Sebagai contoh, kartun komik mamemo yang merupakan kartun tanpa dialog dan mempunyai cerita seorang anak kecil yang selalu berimaginasi mengenai ibu bapanya yang merupakan lembu. Walaupun ianya comel dan mampu menarik minat kanak-kanak, rasional di sebalik paparan komik tersebut tidak berapa jelas.

Namun demikian, tidak saya nafikan bahawa pembelajaran menggunakan gaya visual tidak kira anime atau yang biasa ini amatlah sesuatu yang menarik dan kreatif.

Kelancaran cerita dalam komik biasa boleh dilihat dengan mudah dengan adanya dialog dan susunan cerita yang jelas. Ia boleh dijadikan sebagai rumusan atau "summary" kepada sesebuah cerita. Ini amat berguna bagi pembelajaran sastera atau sejarah. kaedah ini berguna bagi mereka yang lebih cenderung kepada cara penghafalan daripada penghafalan melalui pemahaman.

Komik anime pula menarik apabila ia mengunakan unsur magis dan sebagainya. Ia boleh digunakan sebagai satu kaedah untuk membina minda pembaca dan menggalakkan kanak-kanak supaya ada "story prediction skills" seperti gambar yang dipaparkan oleh cikgu. Ia pula boleh membantu pelajar yang merupakan "visual learner" yang lebih mampu menghafal melalui pemahaman.


Setiap individu,pelajar atau pembaca itu berbeza dalam melihat, menafsir dan menerima satu kaedah pembelajaran.Maka, Kedua-duanya masih releven, dan masih digunakan.

=) Cebisan minda saya,
Diyanah Hassan.

Ring0 said...
This comment has been removed by the author.
Ring0 said...

Kelebihan anime seperti yang telah dijelas dengan terperincinya oleh rakan-rakan seperjuangan sebelum kemunculan saya, terletak kepada unsur realitinya yang seolah-olah memimik kehidupan bernyawa.

Jika diamati gambar anime yang disertakan, gambaran perasaan dan paparan watak lebih berkesan dengan tersisipnya ilustrasi yang berjaya menangkap dan menjelmakan watak anime sehingga mudah digarap oleh si pembaca.

Selain itu, dengan beralaskan konsep 'storyboarding', anime berupaya untuk mengetengahkan transisi jalan ceritanya dengan lebih menarik dan jelas. Jika dibandingkan dengan komik biasa yang kurang tersusun, penyampaian anime lebih bergaya dengan adanya persamaan dengan teknik penggambaran filem yang lebih kaya dengan ilmu cinematografinya.

Isu keperluan hari ini bukan sahaja tertakluk kepada kemahuan majoriti yang lebih cenderung kepada corak arus utama (mainstream) tetapi harus dilihat dari segi kesesuaian berperingkat. Walaupun anime dikatakan lebih relevan, komik biasa masih berupaya mengisi kemahuan dan keperluan kanak-kanak yang lebih muda yang masih lebih mengutamakan daya penarik seperti warna dan watak-watak yang mempunyai persamaan dengan hero-hero fantasi di kaca televisyen.

Ini berpandukan teori pembelajaran David Kolb yang mengutarakan model 'experiential learning' atau pembelajaran melalui kaedah pengalaman. Pada peringkat umur yang lebih muda, unsur penarik bagi mereka lebih berdasarkan pemerhatian daripada pemerhatian yang bersandarkan refleksi pengalaman yang hanya dibina melalui perjalanan masa dan ruang usia.

Gambar anime yang dilihat juga merupakan ilustrasi dwiwarna yang mungkin kurang menangkap perhatian si pembaca muda kerana jelasnya konsep anime lebih mengutamakan mesej dan perutusan yang tersirat yang memerlukan daya kognitif yang lebih matang.

Si pembaca muda pula mungkin kurang menghargai setiap unsur cinematik dan sentuhan seni yang disisipkan kerana lebih mementingkan aksi daripada penghayatan gaya penyampaian.

Justeru itu, saya berpendapat bahawa isu kerelevanan dalam persoalan ini lebih berpandukan kepada usia dan dasar kematangan si pembaca atau pengguna akhir (end user) kerana kedua-dua komik biasa dan anime berupaya memenuhi ruang yang berbeza demi peredaran masa dan usia.

Ring0 (Herwanto)

aTiKa FaRaSha said...

Komik berubah mengikut pengedaran masa dan zaman. Saya akui kebenaran yang diperkatan oleh Wani bahawa komik anime juga boleh dijadikan sabagai wahana pembelajaran.

Tambahan lagi, dengan wujudnya komik anime mengenai sejarah, (seperti yang ditunjukkan oleh Cikgu Pitchay di dalam kelas) ia secara tidak langsung dapat membantu para pelajar mempelajari mata pelajaran sejarah dengan pendekatan yang efektif dan menarik.

Seperti yang kita ketahui, mata pelajaran sejarah adalah sala satu mata pelajran yang boleh dianggap "membosankan" atau pun "dry". Oleh yang demikian, dengan adanya komik anime, ia boleh dijadikan sebagai satu wadah untuk menarik perhatian para pelajar.

Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa pada konteks dan keperluan hari ini, komik anime lebih relevan dan mendapat perhatian yang lebih jikalau dibandingkan dengan komik biasa.

-Siti Nuratika-

Amirah.shahab said...

Sebagai seorang pembaca, saya menginginkan sesuatu yang berlainan. Saya ingin 'keluar' dari alam nyata dan mendodoi perasaan. oleh itu, saya tidak begitu suka dengan penggunaan anime yang terlalu bersifat realisme kerana walaupun ia memberi saya, sebagai seorang pembaca peluang untuk mengaitkan diri dengan sesuatu watak, ia tidak akan ubah seperti menonton drama. Tujuan utama saya membaca komik ialah untuk menikmati gambar-gambar dan cerita-cerita lucu yang dapat menenangkan fikiran. Namun demikan, seandainya sesebuah komik itu boleh disamakan dengan kehidupan saya, saya rasa saya lebih rela membaca novel atau cerpen yang lebih didaktik dalam mengajar saya tentang kehidupan.

Namun demikian, saya tidak menafikan bahawa anime juga ada kebaikannya.Malah ia lebih relevan. Sebagai contoh, ia dapat memaparkan sesuatu dengan cara yang lebih santai dan senang untuk difahami kerana grafik yang digunakan lebih 'real'. Di samping itu, ia juga memaparkan isu-isu seharian dan perkara-perkara yang lebih didaktik berbanding dengan komik biasa. tetapi, jikalau pembaca menginginkan hiburan semata-semata sebagai wadah escapism, saya tetap berpegang kepada komik biasa sebagai pilihan utama.

Noorhaqmal Bin Mohammed Noor said...

"gambaran perasaan dan paparan watak lebih berkesan dengan tersisipnya ilustrasi yang berjaya menangkap dan menjelmakan watak anime sehingga mudah digarap oleh si pembaca." (Ring0 (Herwanto)
March 24, 2008 7:52 PM)

Pertama sekali, saya berpendapat bahawa manga dan anime nyata lebih popular jika dibandingkan dengan komik biasa tetapi hanya di Asia. Walaupun negara-negara barat sudah mula menyedari keunikan anime, masih banyak rancangan kartun popular memaparkan watak-watak yang tidak menggunakan lukisan teknik anime/manga.

Contoh-contohnya termasuk, South Park, American Dad, Spongebob Squarepants, Family Guy, Simpsons dan sebagainya. Nyata tidak semua jenis cerita sesuai menggunakan animasi jenis anime/manga, lantas kerelevanan anime tidak jelas kelihatan pada rancangan-rancangan kartun popular di negara-negara barat.

Kedua, kerelevanan anime tetap dapat dilihat hanya pada sesetengah cerita yang cuba menyerapkan teknik lukisan anime/manga pada rancangan-rancangan kartun dan filem sama ada baharu atau lama. Contoh-contohnya seperti rancangan Ben 10 Alien Force dan Justice League - The New Frontier (filem).

Ketiga, rancangan atau filem anime nyata relevan dengan kehidupan manusia sehingga diserap kedalam budaya seksual sesetengah golongan masyarakat di seluruh dunia. Budaya ini telah menghasilkan majalah-majalah, rancangan tv dan filem anime/manga yang berunsur lucah, juga dirujuk sebagai 'hentai'.

Jelas sekali anime dan manga telah banyak meninggalkan kesan terhadap kehidupan ramai manusia masa sekarang. Kerelevanan anime sememangnya tidak boleh disangkal namun kegunaan anime masih mempunyai banyak ruang dan peluang untuk dieksperimentasikan.

Noorhaqmal Bin Mohammed Noor said...

Sekadar berkongsi -

Forum berkaitan dengan anime:
http://www.anime-source.com/banzai/modules.php?name=Anime&rop=showcontent&id=136


Blog berkaitan dengan filem anime:
http://animeblasphemy.blogspot.com/2006/02/princess-mononoke-revisited.html


Sejarah ringkas anime:
http://www.animemetro.com/control.cfm?ID=232


Beberapa rancangan yang mempunyai unsur anime:
http://www.cartoonnetwork.com/tv_shows/all_shows/index.html

Huda said...

Saya setuju dengan pendapat kebanyakan rakan-rakan bahawa anime lebih menarik berbanding dengan komik biasa. Komik yang berkonsepkan anime lebih realistik kerana menggunakan watak-watak yang mencerminkan diri kita sendiri. Dengan itu, pembaca akan dapat memahami paparan sesuatu komik itu dengan lebih mudah dan jelas. Komik anime kini lebih canggih dan tidak bergantung kepada lukisan tangan sahaja. Malah menggunakan teknik komputer untuk menjadikan komik itu lebih 'real'.

Selain itu, komik anime lebih bersifat 'universal' berbanding dengan komik biasa kerana merangkumi banyak genre fiksyen dan boleh juga didapati di medium seperti televisyen hingga ke bahan sastera. Konsep anime juga telah digunakan di dalam pembelajaran sejarah di kalangan kanak-kanak. Cara yang mudah untuk difahami ini memudahkan lagi sesi pembelajaran mereka.

Akan tetapi anime sering kali lebih sesuai untuk mereka yang sudah matang kerana anime banyak menyentuh isu-isu yang lebih serius dan mempunyai makna-makna yang lebih tersirat. Dengan itu, golongan muda seperti kanak-kanak mungkin akan lebih cenderung untuk menggemarkan komik biasa berbanding dengan anime.

Oleh itu, persoalan mengenai relevan atau tidak banyak bergantung kepada peringkat umur pembaca.

Help save the Earth
Nurhuda Mohamed